Monday 9 January 2012

Mesyuarat agong kelana C Gombak serta pendaftaran

Perhatian!!!! Pada 29hb 01 2012 bersamaan hari ahad akan datang.....Kumpulan pengakap kelana c gombak akan mengadakan mesyuarat agong kelana C Gombak kali yang ke 5. Kami menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hadirkan diri anda pada:-

Tarikh: 29 01 2012
Tempat : Kantin sekolah kebangsaan sungai pusu
Waktu: 2.00 ptg
Pakaian : Uniform pengakap
Bayaran : RM 15

Tidak lupa kepada ahli2 lama....anda diwajibkn datang pada hari tersebut...sebarang pertanyaan boleh berhubung kpd sy ADAM ataupn saudara SAZMI...

Sunday 1 January 2012

PROGRAM MENEROKA GUA SENYUM SELESAIIII>>>>>

Pada 16hb disember 2011 yang lepas bersamaan hari jumaat, PASUKAN PENGAKAP KELANA C GOMBAK telah mengadakan suatu ekspidisi  meneroka GUA SENYUM iaitu terletak di Jengka Pahang. Program ini telah disertai seramai 12 orang ahli kelana C Gombak iaitu terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang permpuan termasuk seorang pemimpin....

Hampir kesemua jenis Gua yang terdapat di gua senyum itu telah kami terokai, dan hasilnya kami berasa sangat gembira serta terpegun dengan keindahan serta mendengar kisah-kisah mitos yang terdapat di gua tersebut. Kami berasa amat kagum akan kehebatan pencipta yang mencipta gua dengan sedemikian rupa dan keunikkannya.

Kepada anda yang belum pernah mencuba pergilah ke gua senyum kerana, tidak lama lagi, gua senyum mungkin akan hanya meninggalkan mananya sahaja di muka bumi ini...