Saturday 18 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

Kami warga Kelana C Gombak dengai ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Jikalau ada tersalah bahasa, perkataan atau perbuatan harap maafkan kami. Semoga setiap Kesalahan ada Hikmahnya.


Tuesday 7 August 2012

IHYA' RAMADHAN SELESAI LAH SUDAH >>>>

Alhamdullilah Bersyukur kpd Allah SAW, Selesai lah sudah program IHYA' RAMADHAN sekali gus Dengan Majlis IFTAR....Disini akan diterangkan serba sedikit kesimpulan program yang telah di jalankan..:-

Pada 5 Ogos 2012 bersamaan  hari Ahad yang lepas Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan, program IHYA Ramadhan dan sekaligus Majlis Iftar. IHYA Ramadhan bermaksud menyemarakkan bulan ramadhan, apa yang telah kami lakukan ialah kami membuat derma kurma dan air kepada orang ramai, yang berlokasi di Stesen Telminal Putra Gombak dan Taman Melati Gombak. Kami berkumpul di sekolah seawal 3.00ptg dan diberi sesi taklimat perjalanan program.Program in disertai seramai 22 orang ahli pengakap Kelana dan 2 orang pemimpin.

Kami menerima banyak sumbangan dari segi kewangan demi menjayakan progarm ini, Kami menerima Sumbangan Daripada kelana E, Kelana G, Kelana C dan sesetengah individu yang sangat prihatin akan kenikmatan bulan Ramadhan. Terima Kasih kami ucapkan. Barangan yang kami beli ialah kurma 10kg dan juga 240 air tin.

Selain itu rakyat awam juga turut menyambut baik pemberian kami dengan lafaz terima kasih. Bukan sahaja orang melayu yang kami sumbangkan malah orang Cina, India, Iban, Kadazan dan Perancis juga kami sumbangkan. Inilah tataturcara orang malaysia.

Setelah selesai menderma kira-kira jam 6.00ptg kami bergegas ke bazar untuk berjalan-jalan. Kami membeli sedikit makanan berbuka hanya untuk mengisi perut. Pada pukul 7.30ptg, kami berbuka di masjid yang berhampiran dan berdekatan. Setelah Solat Maghrib, tepat 8.15mlm, kami bergegas ke Danau kota untuk porses pengiftaran...Menu tahun ini ialah steamboat sekali lagi dan makan sampai lebam.

Alhamdullilah, program berjalan dengan lancar, tiada cacat cela atau salah silap, Semua orang gembira dan semestinya kenyang.