Tuesday 15 July 2014

Ihya' & Iftar Ramadhan bersama KBG Gombak

Assalamualaikum dan Salam Pengakap Kepada Semua Ahli Kelana C Gombak dan KBG Gombak.

Pada 12 Julai 2014 bersamaan hari Sabtu yang lepas, KBG telah mengadakan program Ihya' & Iftar Ramadhan. Seramai 4 oarang Ahli Kelana C Gombak yang menyertai aktiviti ini:-

Tuan Irfan
Adam
Aqil
Farouq


Berikut adalah tentetif program yang berlansung:-

Tentatif Aktiviti "Bersedekah SEJADAH & TELEKUNG" :-

4.00pm - Berkumpul di NZ SMKSP, mendengar taklimat program
4.30pm - Berpecah Mengikut Kereta Masing2, pergi ke stesen2 minyak yang telah diberikan dan hanya letakkan sejadah dan telekung itu di dalam surau stesen minyak itu, solat Asar siap2.
5.30pm - Berkumpul di bazar Taman Melati, beli makanan Berbuka Anda.
6.30pm - Berkumpul semula dan konvoi ke Templer untuk majlis Berbuka Puase. Makanan tidak disediakan, makanan berbuka adalah makanan yang anda beli. Mungking de la sedikit buah tangan.
8.00pm - Solat Maghrib Jemaah di Surau Templer, rehat sebentar sambung makan Menunggu Solat isya'.
8.30pm - Solat isya' dan terus Terawih 8 rakaat.
10.00pm - Dijangka selesai solat Terawih. Bersiap utk aktiviti 'Help the Homeless' Taklimat daripada petugas - Ikan
10.30pm - Menuju Ke Kuala Lumpur Mencari Homeless. Dan bersedekah.
3.30am - Singgah Sahur
5.45am - Solat Subuh Bersurai.


Tentatif Aktiviti "Homeless" :-

12.00pm - Berkumpul di Templer Park, mula menyediakan makanan dan peralatan.
1.15pm - Solat Zohor dan Sambung Memasak
5.00pm - Solat Asar, dijangka selesai masak. Menunggu ketibaan peserta2 Lain dan bersedia untuk berbuka.
6.30pm - Menunggu Berbuka Puasa
8.00pm - Solat Maghrib Jemaah di Surau Templer, rehat sebentar sambung makan Menunggu Solat isya'.
8.30pm - Solat isya' da terus Terawih 8 rakaat.
10.00pm - Dijangka selesai solat Terawih. Bersiap utk aktiviti 'Help the Homeless' Taklimat daripada petugas - Ikan
10.30pm - Menuju Ke Kuala Lumpur Mencari Homeless. Dan bersedekah.
3.30am - Singgah Sahur
5.45am - Solat Subuh Bersurai.


Alhamdulillah Kami Kelana C Gombak Mendapat Sumbangan berjumlah RM860 untuk peruntukan membeli sejadah, terimakasih di ucapkan kpd :-

Acap
Adam
Alif
Aqil
Iwan
Auni
Ipan
Nana
Syafik
Dina
Azlan
Azfar
Muiz
Firdaus
Sanyurhadi
Hafiz
KBG














































 

Monday 7 July 2014

Ibadah Berpuasa


Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. .
(Surah al-Baqarah:21)


Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada bulan Ramadhan. Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah al-Baqarah: 183\




Sebagai Umat Islam kita perlu mendalami pengertian sebenar puasa menurut Islam. Puasa adalah dinding kepada umat Islam dan solat adalah tiangnya.Bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada? Kita harus ingat ganjaran yang akan kita perolehi daripada Allah s.w.t apabila kita berpuasa. Puasa adalah latihan jasad, minda, perasaan dan hati secara serentak. Kalau kita ingin menjadi insan yang hebat dan cemerlang, kita harus memantapkan kekuatan ini.

Peringatan buat semua, di dalam Islam kita mendengar setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Oleh itu, kita tidak tahu bila ajal kita akan jemput. Sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, semua syaitan telah diikat oleh Allah s.w.t dan kita harus muhasabahkan diri pada bulan yang penuh keberkatan ini. Sekiranya hati kita telah di kuncikan Allah daripada menerima Islam, maka neraka adalah tempatnya apabila kiamat nanti.Wallahualam.

Kem Lencana Kemahiran KBG Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

Pada 13-15hb Jun yang lepas bersamaan hari Jumaat, Kelana Bersekutu Gombak(KBG) mengadakan aktiviti Kem Lencana Kemahiran. Seramai 3 orang ahli Kelana C Gombak yang menyertai aktiviti ini.

Tahniah! diucapkan kepada :-

Alif Sham
Aqil Sham
Farouq Ahmad

Kerana telah memperolehi Lencana Kemahiran..