Monday 25 November 2013

Kelana C Marathon Enjoyment

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada 24 November 2013 bersamaan hari ahad yang lepas, Kelana C Gombak mengadakan aktiviti membowling di Wangsa Walk Wangsa Maju. Seramai 500 orang ahli Kelana C Gombak yg menyertai aktiviti ini.

Kami membowling lepas itu berkareoke dan mewayang movie Hunger Games-caching fire. Dengan Cara inilah dapat lagi hubungan silaturrahin antara ahli kelana C dapat lebih dieratkan.








Monday 30 September 2013

Gunung Tampin SIAP!!!

Pada 16 Mei 2013 bersamaan hari Malaysia yang lepas, Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan aktiviti Mendaki Gunung Tampin Negeri Sembilan. Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.

Perjalana menaiki Gunung Tampin mengambil masa sebanyak 1 Jam untuk sampai ke puncak.Puncak Gunung Tampin tidaklah seperti apa yang anda sangka kerana permandangannya agak biasa tiada apa yang menyeronokkan.











Saturday 7 September 2013

BERAYA HINGGA KE PEKAN..

Pada 1/9/2013 Pengakap Kelana C Gombak mengembara serta beraya hingga ke Pekan Pahang, Kami beraya di salah satu rumah ahli Kelna C Gombak sendiri iaitu Dina. perjalanan mengambil masa 3 jam. Bertolak pada pukul 9.00am dan tiba padsa 12.00pm.















JAMUAN RAYA KELANA SELANGOR

Pada 31 Ogos 2013, Pengakap kelana Selangor telah mengadakan majlis jamuan Hari Raya. Seramai 10 orang ahli  Kelana C Gombak yang telah manyertai aktiviti tersebut.


Wednesday 24 July 2013

"KEMBARA TERAWIH"

Assalamualaikum kepada semua ahli kelana C Gombak>>

Untuk makluman anda semua, Kelana C Gombak akan mengadakan aktiviti Kembara Terawih,
Dimana aktiviti ini kita akan mengembara berterawih ke masjid yang berbeza.

Kami telah mengembara ke 2 buah masjid buat masa ini iaitu Masjid Sungai Chinchin dan juga Masjid Al - Amaniah.

Kepada semua ahli kelana2 yg lain kalau berminat marilah bersama-sama kita berterawih.









Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN KEMBALI

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Sunday 23 June 2013

KELANA C GOMBAK MEMBUKIT KUTU !!!!

Pada 7-8hb Jun 2013 yang lepas Kelana C Gombak Telah mengadakan aktivi Mendaki ke Bukit Kutu. Seramai 16 orang ahli kelana C Gombak termasuk, 1 orang Pen. Pemimpin menyertai aktiviti ini.

 "Bukit Kutu terletak di kawasan Kuala Kubu Baru. Ianya merupakan kawasan biasa latihan dibuat selain dari Gunung Nuang jika ingin mendapatkan fitness untuk melakukan pendakian yg lebih besar. Starting point pendakian adalah di Kg Pertak dan jarak perjalanan dr starting point ke puncak bukit kutu lebih kurang 3-4 jam. Ketinggian bukit ini adalah 1200m. Keistimewaan bukit ini, di kawasan puncaknya terdapat bangunan tinggal dipercayai tinggalan penjajah british yang masih lagi dapat dilihat. Jika anda bernasib baik, dari puncak bukit kutu boleh jelas kelihatan Empangan Selangor, Gunung Rajah di Bentong Pahang serta Genting Highland."

Detail aktiviti:

Tempat : Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu
Tarikh : 8/6/2013 sabtu
Tempat berkumpul : NZ Sekolah
Waktu Berkumpul : 12.00am aka malam
Pakaian : Riadah berskaf, alatan solatdan juga baju sepersalinan.
bayaran : RM10
Kenderaan : disediakan utk ke KKB, tetapi kenderaan ke NZ tidak
di sediakan.
Peralatan : HeadLamp, First Aid, Kasut yg sesuai untuk trekking

Tentatif Perjalan:

12.00am - berkumpul di NZ Sekolah dan pendaftaran
12.30am - bergerak ke Kuala Kubu Bharu
01.30am - sampai di tempat kejadian, dan mula bersiap
02.30am - mula mendaki
06.30am - sampai puncak, menanti sunrise dan sesi
bergambar dan juga Solat Subuh
08.00am - mula turun
10.30am - sampai di kaki bukit, bersihkan badan.
11.00am - pulang ke NZ sekolah.

Objektif

1. Melihat Sunrise
2. Rapatkan silaturrahim
3. Menguji fizikal dan juga minda
4. Melihat kebesaran Tuhan sekalian alam

Konklusi

    Walaupun tidak sempat melihat matahari terbit, kami tetap berpuas hati kerana dengan penat lelah kami sempat sampai ke puncak bukit.
    Perjalanan pendakian sangat lancar atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, Terima kasih di ucapkan.
    Semua orang bergembira dan balik dengan selamat.