Monday, 7 July 2014

Ibadah Berpuasa


Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. .
(Surah al-Baqarah:21)


Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada bulan Ramadhan. Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah al-Baqarah: 183\




Sebagai Umat Islam kita perlu mendalami pengertian sebenar puasa menurut Islam. Puasa adalah dinding kepada umat Islam dan solat adalah tiangnya.Bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada? Kita harus ingat ganjaran yang akan kita perolehi daripada Allah s.w.t apabila kita berpuasa. Puasa adalah latihan jasad, minda, perasaan dan hati secara serentak. Kalau kita ingin menjadi insan yang hebat dan cemerlang, kita harus memantapkan kekuatan ini.

Peringatan buat semua, di dalam Islam kita mendengar setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Oleh itu, kita tidak tahu bila ajal kita akan jemput. Sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, semua syaitan telah diikat oleh Allah s.w.t dan kita harus muhasabahkan diri pada bulan yang penuh keberkatan ini. Sekiranya hati kita telah di kuncikan Allah daripada menerima Islam, maka neraka adalah tempatnya apabila kiamat nanti.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment