Thursday 31 May 2018

Gua Batu Maloi...2nd Trip

Tarikh: 13 May 2018
Hari: Ahad
Alhamdulillah. Seramai 10 orang peserta yang menyertai aktiviti caving ini yang terdiri 7 orang ahli kelana C dan 3 orang bukan ahli kelana.

Gua batu Maloi terletak di Negeri Sembilan berhampiran Gunung Datok dan Gunung Tampin. Gua Batu Maloi terbentuk akibat tindihan batu-batu besar dari gunung dan ianya merupakan gua batu granit yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Gua ini mempunyai 24 check point (info mungkin berubah di masa akan datang mengikut perubahan muka bumi) sepanjang laluan lebih kurang 2.4 kilometer. Kepada yang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar, Gua Batu Maloi merupakan tempat yang sesuai kerana untuk menerokainya, anda perlu melakukan pelbagai aksi kuak lentang dan kupu-kupu untuk melepasi celah-celah batu yang sempit


Untuk ke Gua Batu Maloi, anda boleh memandu ke pekan Tampin dan bila dah sampai Tampin, boleh set GPS anda yang mahal tu ke “Hutan Lipur Gua Batu Maloi”. 













































No comments:

Post a Comment