Friday, 5 October 2012

Lencana Kemahiran Kelana>>>

Kem Lencana Kemahiran 2012

Tarikh : 19 - 21/10/2012
Tempat : ULUYAM
Bayaran : RM15.00 seorang
Pakaian : Lengkap dari atas hingga kebawah
Kepada ahli Kelana C Gombak yang masih belum lagi mempunyai lencana Kemahiran kelana. Ini lah masanya untuk anda memperolehinya.....

Segala pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Sdr Adam Kol untuk tidakan susulan,harap maklum ....
Sekali berpengakap terus berpengakap.....

Saturday, 18 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

Kami warga Kelana C Gombak dengai ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Jikalau ada tersalah bahasa, perkataan atau perbuatan harap maafkan kami. Semoga setiap Kesalahan ada Hikmahnya.


Tuesday, 7 August 2012

IHYA' RAMADHAN SELESAI LAH SUDAH >>>>

Alhamdullilah Bersyukur kpd Allah SAW, Selesai lah sudah program IHYA' RAMADHAN sekali gus Dengan Majlis IFTAR....Disini akan diterangkan serba sedikit kesimpulan program yang telah di jalankan..:-

Pada 5 Ogos 2012 bersamaan  hari Ahad yang lepas Pengakap Kelana C Gombak telah mengadakan, program IHYA Ramadhan dan sekaligus Majlis Iftar. IHYA Ramadhan bermaksud menyemarakkan bulan ramadhan, apa yang telah kami lakukan ialah kami membuat derma kurma dan air kepada orang ramai, yang berlokasi di Stesen Telminal Putra Gombak dan Taman Melati Gombak. Kami berkumpul di sekolah seawal 3.00ptg dan diberi sesi taklimat perjalanan program.Program in disertai seramai 22 orang ahli pengakap Kelana dan 2 orang pemimpin.

Kami menerima banyak sumbangan dari segi kewangan demi menjayakan progarm ini, Kami menerima Sumbangan Daripada kelana E, Kelana G, Kelana C dan sesetengah individu yang sangat prihatin akan kenikmatan bulan Ramadhan. Terima Kasih kami ucapkan. Barangan yang kami beli ialah kurma 10kg dan juga 240 air tin.

Selain itu rakyat awam juga turut menyambut baik pemberian kami dengan lafaz terima kasih. Bukan sahaja orang melayu yang kami sumbangkan malah orang Cina, India, Iban, Kadazan dan Perancis juga kami sumbangkan. Inilah tataturcara orang malaysia.

Setelah selesai menderma kira-kira jam 6.00ptg kami bergegas ke bazar untuk berjalan-jalan. Kami membeli sedikit makanan berbuka hanya untuk mengisi perut. Pada pukul 7.30ptg, kami berbuka di masjid yang berhampiran dan berdekatan. Setelah Solat Maghrib, tepat 8.15mlm, kami bergegas ke Danau kota untuk porses pengiftaran...Menu tahun ini ialah steamboat sekali lagi dan makan sampai lebam.

Alhamdullilah, program berjalan dengan lancar, tiada cacat cela atau salah silap, Semua orang gembira dan semestinya kenyang.




















Tuesday, 24 July 2012

SELAMAT BERPUASA KAMI UCAPKAN>>>

Kami Pengakap Kelana C Gombak dengan ini mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN...Kepada yan bragama Islam tambahkan lagi amal anda...dan jangan tiggalkan solat..

Walaupun berpuasa selama sebulan tetapi tidak sembahyang. Allah tidak akan menerima puasa tersebut.

Sunday, 8 July 2012

KELANA C GOMBAK MENAWAN GUNUNG ANGSI>>>>>>

Pada 23 Jun 2012 yang lepas :-
Kelana C Gombak telah mengadakan aktiviti mendaki GUNUNG ANGSI...Kami bertolak pada Jumaat malam...
Tempat berkumpul: NZ Curry House SMKSP
Waktu : 10.00 mlm
Pakaian : Bebas dan bersopan,bwk pakain riadah..SKAF !!! WAJIB!!!
Pendaftaran : RM15(ahli Kelana C)
: RM20(bukan ahli kelana C)
Tahniah di ucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Aktiviti Kelana C Gombak..Iaitu mendaki Gunung Angsi....Alhamdullilah semua diantara kami selamat dan sihat..tida kecederaan berlaku...Aktiviti ini sangat menyeronokkan...dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang menyertai aktiviti ini.
















Tuesday, 8 May 2012

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PESERTA DAN PETUGAS KELANA>>>>

Pada 04/05/2012(Jumaat) hingga 07/05/2012(Isnin) yang lepas. Pasukan Pengakap Selangor telah mengadakan ROVERMOOT Kelana yang pertama kalinya di Selangor. Kelana C Gombak telah menghantar 5 orang peserta dan 3 orang petugas. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kemalangan berlaku. Banyak aktiviti yang sangat menarik telah diadakan dan kami berasa sangat gembira..>>>>>>