Wednesday, 31 July 2013
Wednesday, 24 July 2013
"KEMBARA TERAWIH"
Assalamualaikum kepada semua ahli kelana C Gombak>>
Untuk makluman anda semua, Kelana C Gombak akan mengadakan aktiviti Kembara Terawih,
Dimana aktiviti ini kita akan mengembara berterawih ke masjid yang berbeza.
Kami telah mengembara ke 2 buah masjid buat masa ini iaitu Masjid Sungai Chinchin dan juga Masjid Al - Amaniah.
Kepada semua ahli kelana2 yg lain kalau berminat marilah bersama-sama kita berterawih.

Wednesday, 10 July 2013
RAMADHAN KEMBALI
Bulan
Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan
berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini
syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan
bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering
menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang
sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit
kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada
kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala
syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita
akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu
hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu
digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini
dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi
puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini
adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan
dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah)
dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain
menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah
sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan
keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan
pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah
bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin
bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk
dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan
Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang
lalu."
Sunday, 23 June 2013
KELANA C GOMBAK MEMBUKIT KUTU !!!!
Pada 7-8hb Jun 2013 yang lepas Kelana C Gombak Telah mengadakan aktivi Mendaki ke Bukit Kutu. Seramai 16 orang ahli kelana C Gombak termasuk, 1 orang Pen. Pemimpin menyertai aktiviti ini.
"Bukit Kutu terletak di kawasan Kuala Kubu Baru. Ianya merupakan kawasan biasa latihan dibuat selain dari Gunung Nuang jika ingin mendapatkan fitness untuk melakukan pendakian yg lebih besar. Starting point pendakian adalah di Kg Pertak dan jarak perjalanan dr starting point ke puncak bukit kutu lebih kurang 3-4 jam. Ketinggian bukit ini adalah 1200m. Keistimewaan bukit ini, di kawasan puncaknya terdapat bangunan tinggal dipercayai tinggalan penjajah british yang masih lagi dapat dilihat. Jika anda bernasib baik, dari puncak bukit kutu boleh jelas kelihatan Empangan Selangor, Gunung Rajah di Bentong Pahang serta Genting Highland."
Detail aktiviti:
Tempat : Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu
Tarikh : 8/6/2013 sabtu
Tempat berkumpul : NZ Sekolah
Waktu Berkumpul : 12.00am aka malam
Pakaian : Riadah berskaf, alatan solatdan juga baju sepersalinan.
bayaran : RM10
Kenderaan : disediakan utk ke KKB, tetapi kenderaan ke NZ tidak
di sediakan.
Peralatan : HeadLamp, First Aid, Kasut yg sesuai untuk trekking
Tentatif Perjalan:
12.00am - berkumpul di NZ Sekolah dan pendaftaran
12.30am - bergerak ke Kuala Kubu Bharu
01.30am - sampai di tempat kejadian, dan mula bersiap
02.30am - mula mendaki
06.30am - sampai puncak, menanti sunrise dan sesi
bergambar dan juga Solat Subuh
08.00am - mula turun
10.30am - sampai di kaki bukit, bersihkan badan.
11.00am - pulang ke NZ sekolah.
Objektif
1. Melihat Sunrise
2. Rapatkan silaturrahim
3. Menguji fizikal dan juga minda
4. Melihat kebesaran Tuhan sekalian alam
Konklusi
Walaupun tidak sempat melihat matahari terbit, kami tetap berpuas hati kerana dengan penat lelah kami sempat sampai ke puncak bukit.
Perjalanan pendakian sangat lancar atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, Terima kasih di ucapkan.
Semua orang bergembira dan balik dengan selamat.

Monday, 22 April 2013
7 AHLI KELANA C GOMBAK PEMEGANG LENCANA KEMAHIRAN
Tahniah kami ucapkan kepada 7 orang ahli kelana C Gombak yang telah memiliki LENCANA KEMAHIRAN KELANA, Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada :-
Loh Cun ming
Mohd Firdaus Izwan
Mohd Syafizan Syafee
Mohd Arif
Nur Farishah Ahmad
Nur Faizah Ahmad
Mohd Sayful Azhar
yang dipimpin oleh Mohd Faris Khairil tshnish juga kami ucapkan....
Loh Cun ming
Mohd Firdaus Izwan
Mohd Syafizan Syafee
Mohd Arif
Nur Farishah Ahmad
Nur Faizah Ahmad
Mohd Sayful Azhar
yang dipimpin oleh Mohd Faris Khairil tshnish juga kami ucapkan....
Hi-Tea Kelana Bersekutu Gombak
Pada 6/April/2013 yang lepas bersamaan hari Sabtu, KELANA BERSEKUTU GOMBAK telah mengadakan program HI-TEA Kelana, terdapat banyak kumpulan - kumpulan Kelana yang menyertai aktiviti ini, termasuk lah kumpulan - kumpulan luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)