Wednesday, 11 April 2012

MAJLIS MAKAN-MAKAN

Alhamdulillah...selesai sudah program Kempori yg dsertai oleh Krew Kelana C Gombak. Terima kasih buat semua yang menjadi petugas khasnya Krew Kelana C Gombak. Terima kasih juga buat senior-senior Kelana C Gombak yang datang dan membantu adik-adik dari segi pengangkutan pergi dan balik.Semoga apa yang anda semua sumbangkan menjadi ibadah.."apa yang kita tanam di sini kita tuainya di sana" insaallah..Semoga anda semua terus berkhidmat dalam pengakap tanpa rasa jemu dan bosan..:)
 Majlis Makan Malam Penghargaan Petugas Aktiviti Kempori Gombak 2012.
Masa : 5.00 petang - 10.00 malam
Lokasi : Kem Templer
Menu : BBQ
Sumbangan : ditaja oleh Persatuan Pengusaha2 Gerai KBG
Date : 13hb (jumaat) atau 14hb (sabtu) Apr 2012 (korang boleh decide reramai di dlm group KBG )
































 

Thursday, 5 April 2012

Selamat Bertugas Kelana C Gombak....>>>>

Pada 6-9hb 12 ini Pengakap Negeri Selangor akan mengadakan Kempori Selangor yg akan disertai oleh Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja . Kelana Bersekutu Gombak telah diminta untuk tolong membantu dalam mengendalikan aktiviti -aktiviti yang akan djalankan pada hari tersebut. Secara tidak langsung, Kelana C Gombak juga turut menyertai.
 Lebih kurang 10 orang ahli Kelana C Gombak yang turun membantu dalam aktiviti ini....SELAMAT BERTUGAS KAMI UCAPKAN... dan JUGA KEPADA semua ahli KBG SELAMAT BERTUGAS...

Tuesday, 3 April 2012

SELAMAT DATANG........) KELANA BARU>>>

Pada 31 MAC 2012 sekali lagi Kelana Bersekutu Gombak menjalankan aktiviti vigil bagi bakal kelana baru..
Kali ini seramai 9 orang bakal ahli kelana baru yang menyertai aktiviti ini..
Kami ahli-ahli Kelana C Gombak mengucapkan SELAMAT DATANG dan SELAMAT BERKELANA.















VIGIL KELANA C GOMBAK TAHNIAH DIUCAPKAN!!!!

Pada 24hb MAC 2012 Kumpulan Pengakap Kelana Bersekutu Gombak telah mengadakan vigil, untuk ahli-ahli baru sesi 2012. Seramai 6 orang ahli baru Kelana C Gombak telah menyertai aktiviti tersebut.
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN










Wednesday, 7 March 2012

Perhatian kepada semua ahli kelana C gombak ini sangat Penting...

Ingin saya beritahu kepada semua ahli Kelana C Gombak yang dikasihi sekalian, pada hari ahad ini bersamaan 11/3/2012. Kelana C gombak akan mengadakan mesyuarat agong Kelana C yang kedua..

Mesyuarat ini sangat penting bagi semua ahli kelana C Gombak. Banyak isu-isu penting yang harus dibincangkan dan sekali gus untuk menyelesaikan pendaftaran...

Kepada Kelana yang telah baca maklumat ini, sila inform rakan-rakan masig-masing dan beritahu mereka bahawa maklumat ini sangat penting SILA DATANG!!! bukan paksaan :)

Tarikh : 11/3/2012 (AHAD)
Tempat : Sek Menengah Kebangsaan Sungai Pusu (KANTIN)
Pakaian : Bebas
Bayaran : RM 15.00

Kepada yang telah bayar atau daftar anda diwajibkan hadir juga, banyak maklumat penting yang hendak diberitahu....sebarang soalan sila hubungi saya ADAM BIN SHAM KOLJEET
sekian SAYOARA......

Monday, 9 January 2012

Mesyuarat agong kelana C Gombak serta pendaftaran

Perhatian!!!! Pada 29hb 01 2012 bersamaan hari ahad akan datang.....Kumpulan pengakap kelana c gombak akan mengadakan mesyuarat agong kelana C Gombak kali yang ke 5. Kami menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hadirkan diri anda pada:-

Tarikh: 29 01 2012
Tempat : Kantin sekolah kebangsaan sungai pusu
Waktu: 2.00 ptg
Pakaian : Uniform pengakap
Bayaran : RM 15

Tidak lupa kepada ahli2 lama....anda diwajibkn datang pada hari tersebut...sebarang pertanyaan boleh berhubung kpd sy ADAM ataupn saudara SAZMI...

Sunday, 1 January 2012

PROGRAM MENEROKA GUA SENYUM SELESAIIII>>>>>

Pada 16hb disember 2011 yang lepas bersamaan hari jumaat, PASUKAN PENGAKAP KELANA C GOMBAK telah mengadakan suatu ekspidisi  meneroka GUA SENYUM iaitu terletak di Jengka Pahang. Program ini telah disertai seramai 12 orang ahli kelana C Gombak iaitu terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang permpuan termasuk seorang pemimpin....

Hampir kesemua jenis Gua yang terdapat di gua senyum itu telah kami terokai, dan hasilnya kami berasa sangat gembira serta terpegun dengan keindahan serta mendengar kisah-kisah mitos yang terdapat di gua tersebut. Kami berasa amat kagum akan kehebatan pencipta yang mencipta gua dengan sedemikian rupa dan keunikkannya.

Kepada anda yang belum pernah mencuba pergilah ke gua senyum kerana, tidak lama lagi, gua senyum mungkin akan hanya meninggalkan mananya sahaja di muka bumi ini...

















Saturday, 19 November 2011

lagu pengkap kelana c gombak trbaek>>>>>>>

Alhamdullilah lagu pengakap telah direka terimakasih bebanyak kepada saudara azlan yang bertungkus lumus untuk menyiapkan lagu tersebut...

lagu pengkap kelana c gombak trbaek>>>>