Monday, 9 January 2012

Mesyuarat agong kelana C Gombak serta pendaftaran

Perhatian!!!! Pada 29hb 01 2012 bersamaan hari ahad akan datang.....Kumpulan pengakap kelana c gombak akan mengadakan mesyuarat agong kelana C Gombak kali yang ke 5. Kami menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hadirkan diri anda pada:-

Tarikh: 29 01 2012
Tempat : Kantin sekolah kebangsaan sungai pusu
Waktu: 2.00 ptg
Pakaian : Uniform pengakap
Bayaran : RM 15

Tidak lupa kepada ahli2 lama....anda diwajibkn datang pada hari tersebut...sebarang pertanyaan boleh berhubung kpd sy ADAM ataupn saudara SAZMI...

Sunday, 1 January 2012

PROGRAM MENEROKA GUA SENYUM SELESAIIII>>>>>

Pada 16hb disember 2011 yang lepas bersamaan hari jumaat, PASUKAN PENGAKAP KELANA C GOMBAK telah mengadakan suatu ekspidisi  meneroka GUA SENYUM iaitu terletak di Jengka Pahang. Program ini telah disertai seramai 12 orang ahli kelana C Gombak iaitu terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang permpuan termasuk seorang pemimpin....

Hampir kesemua jenis Gua yang terdapat di gua senyum itu telah kami terokai, dan hasilnya kami berasa sangat gembira serta terpegun dengan keindahan serta mendengar kisah-kisah mitos yang terdapat di gua tersebut. Kami berasa amat kagum akan kehebatan pencipta yang mencipta gua dengan sedemikian rupa dan keunikkannya.

Kepada anda yang belum pernah mencuba pergilah ke gua senyum kerana, tidak lama lagi, gua senyum mungkin akan hanya meninggalkan mananya sahaja di muka bumi ini...

















Saturday, 19 November 2011

lagu pengkap kelana c gombak trbaek>>>>>>>

Alhamdullilah lagu pengakap telah direka terimakasih bebanyak kepada saudara azlan yang bertungkus lumus untuk menyiapkan lagu tersebut...

lagu pengkap kelana c gombak trbaek>>>>

Friday, 18 November 2011

MARI JELAJAH SI SENYUM

Perhatian kepada semua AHLI Kelana C Gombak, pada bulan hadapan kita akan mengadakan satu aktiviti di Gunung Senyum, Pahang. Berikut ialah butiran mengenai aktiviti tersebut:-

Tempat : Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh Pahang
Tarikh : 16,17,18 Disember 2011
Aktiviti : Teroka gua-gua Jebak Puyuh dan gua-gua dibahagian terbuka
Bayaran : RM50(jika tiada sebarang perubahan,termasuk penginapan & pengangkutan)

Untuk pertanyaan atau urusan penyertaan,sila hubungi saya atau saudara Adam.
Tarikh tutup penyertaan 27 NOVEMBER 2011
 



 

Program belajar lagu-lagu pengakap selasai>>>>

Pada 13/11/2011 Pengakap Kelana C Daerah Gombak telah mengadakan Program menyanyi lagu pengakap.Seramai 8 orang ahli pengakap yang telah menyertai program tersebut.




Thursday, 17 November 2011

Program melawat tapak rovermoot


Pada 12/11/2011 iaitu hari Sabtu yang Pasukan Pengakap Kelana Selangor telah menjalankan aktiviti melawat tapak perkemahan untuk Rovermoot Kelana iaitu di Mutiara Semenyih Eco Resort Jalan Sungai Lalang. Seramai 8 orang ahli kelana yang menghadiri program tersebut.

















Friday, 11 November 2011

Mesyuarat dan lawatan tapak Rovermoot Selangor 2012

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat dan lawatan tapak Rovermoot Selangor 2012 pada butiran berikut:-

Masa : 2.30 Petang
Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu)
Lokasi : Mutiara Semenyih Training Centre & Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih
Agenda : Persediaan Jawatankuasa Rovermoot 2012

Sehubungan dengan itu, diminta jawatankuasa dan ahli2 membawa apa2 dokumen utk proposal, cadangan, pandangan untuk mesyuarat persediaan kali ini. Harap maklum

Monday, 7 November 2011

Program belajar lagu-lagu pengakap

Perhatian kepada semua ahli pengakap kelana c gombak yang dikasihi sekalian...pada 13 hb 11 2011 ini bersamaan hari ahad, kelana c gombak akan mengadakan program belajar lagu-lagu pengakap.

Program ini adalah program wajib yang harus dihadiri oleh semua ahli kelana c,

Tempat: slah satu kelas disekolah Sungai Pusu
Tarikh:13hb November 2011(Ahad)
Pakaian;Uniform Lengkap
Waktu:9pagi - 3 ptg

Diharankan semua ahli kelana c hadir,dan kepada sesiapa yang mempunyai alatan musik atau idea sila bawa sekali pada hari tersebut untuk kita memeriahkan lagi progrm itu.
sekian,

Wednesday, 26 October 2011

MEREWANG KENDURI KAWIN

Salam rakan2 kelana C jemput dtg ke kenduri kahwin abang kepada muhammad zaid pada 29 october 2011 sabtu,bertempat di perkarangan rumah sy di lot 1079 batu 8 gombak selangor. (bersebelahan sekolah AL-Amin Gombak) kepada yg free pada ari jumaat lps solat jumaat bleh la dtg tolong- tolong apa yg patut.
Program ini adalah wajib kepada semua ahli kelana C gombak yang ingin mengambil lencana perkhidmatan.
pakaian baju yang berwarna hitam dan seluar pengakap
berkumpul di rumah pengantin pada pukul 3.00ptg
harap semua ahli kelana hadir untuk memeriahkan lagi program ini sekian...

Sunday, 16 October 2011

PROGRAM BERKAYAK KELANA C GOMBAK>>SELESAI!!!

Pada 16 /10/2011 iaitu hari Ahad lepas Kelana C Gombak telah membuat satu program berkayak di UPM serdang selangor. Program berjalan dengan lancarnya. Seramai 7 orang peserta yang menyertai program tersebut....Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM10 seorang....





















Selaion daripada itu kami juga berjalan mengelilingi UPM melihat pesta Konvokesyen yang rancak lagi menyeronokkan...Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar...